Oleh: Amirul Fikri
Hari akhirat, hari setelah kematian yang wajib diyakini kebenarannya oleh setiap orang yang beriman kepada Allah ta’ala dan kebenaran agama-Nya. Hari itulah hari pembalasan semua amal perbuatan manusia, hari perhitungan yang sempurna, hari ditampakkannya semua perbuatan yang tersembunyi sewaktu di dunia, hari yang pada waktu itu orang-orang yang melampaui batas akan berkata dengan penuh penyesalan.

Persoalannya… Bilakah kamu semua mahu melakukan amal soleh? Adakah pada usia 40-an baru anda mahu berubah?

Dah… cukup dgn ayat skema ni…. hehe

“Hidup cume sekali…. So…. Kite enjoy…..”

Korang pernah dengar quote ni??? Apekah maksud enjoy???
Menurut dictionary.com

en⋅joy
Show Spelled Pronunciation [en-joi]
–verb (used with object)
1. to experience with joy; take pleasure in: He enjoys being a muslim.
2. to have and use with satisfaction; have the benefit of: He enjoys an excellent income monthly because he want to sadaqah his money to the poor.
3. to find or experience pleasure for (oneself): He seems to enjoy himself reading many books especially The Holy Quran.
4. to undergo (an improvement): Ahmad have enjoyed a rise in iman after his taubah.

tp kn… xtau plak Dictionary.com wat contoh ayat spt diatas…

Dah~ maksud enjoy dah sebut…

Oleh hal yang demikian,

Kwn2… prepare lah dirimu siap2 sebelum akhirat… kalau exam xpe la study last minute (sebarang kesilapan bahasa rojak sgt dikesali..)… exam kat dunia ni boleh resit.. kalau fail… resit lg… kalau fail… resit lagi… kalau fail… tuka university…….

Tapi klau ujian dunia plak….. x boleh patah balik…. Nak resit pown x boleh…. Nak tuka dunia pown x boleh…. Sbb pd mse tu… no turning back…

يَا لَيْتَنِي قَدَّمْتُ لِحَيَاتِي
“Duhai, alangkah baiknya kiranya aku dahulu mengerjakan (amal saleh) untuk hidupku ini.” (Qs. Al Fajr: 24)

Maka seharus kite sbg muslim yg mementingkan keselamatan dirinya perlu bg perhatian besar untuk menyiapkn diri dan kumpul bekalan akhirat untuk menghadapi negeri akhirat yg kekal abadi kelak….

Korang blaja matematik x??

Kat cni ade calculation add math skit.. kasi pecah pale korang

Prove that y=0 when x=0. Given y=x^2+x . (soklan ni pelik skit…)
y= …(1)

We knows that Usia=Masa=Emas

We also knows that Emas=Harta

Mse dan usia kte makin singkat…. Countdown mse… ble mati… mse tinggal 3,2,1,0….

Let x=mse …(2)

And y=mati …(3)

When mati is pasti… time remain is 0..

Substitute (2) and (3) into (1); mati=0^2+0

When y=0 bermaksud ble dah mati….. mse dah dibazirkan…. Emas=Harta byk mne pown dah x de nilai ble dah mati…. soklan ni korang piker baik2 taw… mungkin merepek sikit

Oleh itu kwn2 persiaplah diri korang untuk akhirat.. kurangkn lah men fesbuk…. Berenti dari mengumpat kwn…. Stop dri citer pasal pompuan…. Jgn nak top up dosa…. Gantilah kegiatan korang dgn bukak blog tazkirah….

Citer pasal mcm mne nak masuk syurga… carik jalan camner nak ubah diri supaya dapat isteri solehah… kan bley meningkat saham kite di akhirat…

Allah ta’ala berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَلْتَنْظُرْ نَفْسٌ مَا قَدَّمَتْ لِغَدٍ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ
“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Qs. Al Hasyr: 18)

Umar bin Khattab radhiyallahu ‘anhu yang mengingatkan hal ini dalam ucapannya yang terkenal: “Hisab-lah dirimu sebelum kamu di-hisab (diperiksa/dihitung amal perbuatanmu pada hari kiamat), dan timbanglah dirimu (saat ini) sebelum (amal perbuatan)mu ditimbang (pada hari kiamat), kerana sesungguhnya akan mudah bagimu (menghadapi) hisab besok (hari kiamat) jika kamu (selalu) menghisab dirimu saat ini, dan hiasilah dirimu (dengan amal shaleh) untuk menghadapi (hari) yang besar (ketika manusia) dihadapkan (kepada Allah ta’ala):

يَوْمَئِذٍ تُعْرَضُونَ لا تَخْفَى مِنْكُمْ خَافِيَةٌ
“Pada hari itu kamu dihadapkan (kepada Allah), tiada sesuatupun dari keadaanmu yang tersembunyi (bagi-Nya).” (Qs. Al Haaqqah: 18). (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam kitab beliau Az Zuhd (hal. 120), dengan sanad yang hasan)

Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhu berkata: “Sesungguhnya dunia telah pergi meninggalkan (kita) sedangkan akhirat telah datang di hadapan (kita), dan masing-masing dari keduanya (dunia dan akhirat) memiliki pengagum, maka jadilah kamu orang yang mengagumi/mencintai akhirat dan janganlah kamu menjadi orang yang mengagumi dunia, karena sesungguhnya saat ini (waktunya) beramal dan tidak ada perhitungan, adapun besok (di akhirat) adalah (saat) perhitungan dan tidak ada (waktu lagi untuk) beramal.” (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Az Zuhd (hal. 130) dan dinukil oleh Imam Ibnu Rajab Al Hambali dalam kitab beliau Jaami’ul ‘uluumi wal hikam (hal. 461)).

Akhir kalam, kite tutup tulisan ini dengan doa dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam (dalam HR. Muslim, no. 2720) dari sahabat Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu) untuk kebaikan agama, dunia dan akhirat kita:

Ya Allah, perbaikilah agamaku yang merupakan penentu (kebaikan) semua urusanku, dan perbaikilah (urusan) duniaku yang merupakan tempat hidupku, serta perbaikilah akhiratku yang merupakan tempat kembaliku (selamanya), jadikanlah (masa) hidupku sebagai penambah kebaikan bagiku, dan (jadikanlah) kematianku sebagai penghalang bagiku dari semua keburukan.

Semoga kita dapat berjumpe di negeri abadi~

segale kesilapan amat dikesali~

Advertisements