You are currently browsing the monthly archive for December 2009.


Post aku kali ni cerita benar time aku kat asrama Lipis dulu tapi aku ada edit2 sket supaya identiti “budak2 botak” tersebut tak dikenali. btw kepada budak2 botak tersebut, kalau korang baca post ni and korang terasa, jangan kecewa atau marah, aku bukan nak malukan korang or nak famous berdasarakn cerita korang, tapi aku nak jadikan iktibar kepada orang2 lain yang bace post ni gak, and mudah2an korang pun dapat pahala bila pembaca2 ambil iktibar berdasarkan cerita korang ni. InsyaAllah. Allah Maha Pemurah. 🙂

Cerita ni berlaku time SPM ’07 tapi aku tak ingat paper ape waktu tu. tapi yang penting, TAK RAMAI BUDAK SEKOLAH AKU TAW PASAL CERITA NI. waktu tu dah malam, aku dengan kawan aku study kat bilik floor junior (bukan form 5). bagi yang tak paham tu, time SPM budak2 selain form 5 kena balik rumah untuk bercuti akhir tahun. so sambung cerita balik, aku dengan kawan aku ni nak cari tempat yang sesuai and jauh dari kebisingan untuk study secara peaceful malam tu. da jumpe ‘port’ best dah, sedar2 kat sebelah bilik kitorang study tuh rupe2nya ada jugak orang yang study kat situ. 3 orang budak botak. tak apa, kitorang tak kesah, janji kitorang dapat study dengan aman.

tengah2 study tu, tibe2 aku terbau something. bau asap rokok. aku pun buat bodoh saja dengan bau rokok tu. biar la diorang. diorang nak hisap rokok pun bukan salah aku pun. selang beberapa minit or jam lepas tu, tiba2 warden (Ust J) serbu bilik budak2 botak sebelah bilik aku study ni. then berlaku la dialog seperti ini (lebih kurang)

Ust J: “saya bau rokok dalam bilik ni. baik ngaku siapa yang hisap rokok??”

OneofTheBotaks(OTBs): “tak taw.”

Ust J: “baik ngaku sekarang jugak! saya taw saya ada bau rokok ni!”

OTBs: ” tak taw.”

Time tu aku dengan kawan aku dekat sebelah diam je. buat2 macam tengah tido sebab cuak sangat. Ust J terer bab2 meng-kantoikan orang yang buat salah. kang tak pasal2 kiotrang pun dituduh bersubahat sekali ke. jadi, dipendekkan dialog and 3 budak botak tu pun masih tak nak mengaku jugak, akhirnya Ust J keluarkan satu statement yang masih aku ingat sampai sekarang

Ust J: “Saya tak redha keputusan SPM kamu”

kemudian Ust J pun keluar dari bilik tinggalkan 3 budak botak tu. sambung je la study….

————————————————————————————————-

selang beberapa bulan lepas tu, cepat betul masa berlalu, akhirnya result SPM pun keluar. aku dan kawan2 aku reunion kembali untuk beberapa bulan yang lama. bayangkan kawan2 aku yang tinggal jauh dari aku, kat Kelantan Terengganu sana tuh, bila je la boleh jumpa diorang ni. kemudian, aku pun ambil result aku, Alhamdulillah, segala puji bagi Allah aku bersyukur dengan apa yang aku terima dan result SPM 3 budak botak tersebut sangat-sangat-sangat-sangat memeranjatkan aku. siapa sangka, aku pun tak sangka, KETIGA-TIGA tu dapat semua A dalam semua subjek! MasyaAllah. Allah itu Maha Pemurah, mintak sahaja jika memerlukan apa-apa seperti mana firman Allah:

“And your Lord said: ‘Invoke Me, [i.e. believe in My Oneness and ask Me for anything] I will respond to your (invocation). Verily, those who scorn My worship [i.e. do not invoke me, and do not believe in My Oneness] they will surely, enter Hell in humiliation!”
[Ghafir:60]

ketiga-tiga budak botak tersebut sangat la hepi aku boleh nampak sangat dan aku pun mula berfikir sekejap, ape maksud Ust J dengan tidak meredhai keputusan mereka?

dup dap dup dap cepat betul masa berlalu, time tu semua batch SPM 07 dah start belajar dah, yang tu belajar kat matrix tuh, yang ni belajar kat IPTA and IPTS and ade jugak yang belajar untuk preparation pergi oversea. dan Allah memberi rezeki kepada ketiga-tiga budak botak ini juga. 2 orang daripada 3 tu dapat offer untuk belajar kat oversea, memang nama negara kalau dengar pun memang hebat la tempat tu. and sorang lagi dapat belajar kat IPTA, bukan calang2 IPTA tapi memang IPTA yang betul2 mantap. tak ramai yang boleh masuk IPTA tersebut. wah, Alhamdulillah, hebat betul ketiga-tiga orang ni. tak sangka aku dulu kenal kat Lipis, perangai sengal2 betul. hahahahaha yang tu tak payah cerita la

boooom sekali lagi cepat betul masa berlalu dah setahun dah rupenye. yang belajar kat matrix, asasi and sesetengah yang belajar untuk preparation oversea pun ada yang dah habis. tapi, MashaAllah, Allah itu Maha Adil. jika dia nak balas perbuatan manusia itu sewaktu mereka masih hidup pun boleh berlaku juga, tak perlu menunggu sehingga ke liang lahad mahupun akhirat. dan berita buruk aku dengar tentang mereka bertiga, nampaknya kejayaan mereka sudah sampai turning point (dy/dx.. gila geeks). si botak yang belajar kat IPTA yang hebat tu (dengar cerita daripada kawan2 kat IPTA tuh) kecundang semacam. belajar entah ke mana. enjoy je selalu. result pun entah ape2 je la. lepas buat asasi, tak taw hilang ke mana sampai sekarang. tak taw dah sambung belajar kat mana sekarang. yang sorang lagi (si botak A), dari mulut dia sendiri, dia kata dah kena ‘kick’ daripada tempat persediaan nak fly oversea. katanya, result kantoi sebab main2 sangat. yang lagi satu (si botak B), penah sekali bertegur kat YM and jumpe sekali, katanya die pun tak sure dapat fly ke tak. die main2 sangat sampai dia sendiri mengaku kemungkinan nak fly tu agak tipis.

“Verily, those who believe not in the Ayat (proofs, evidences, verses, lessons, signs, revelations, etc.) of Allah, Allah will not guide them and theirs will be a painful torment. It is only those who believe not in the Ayat of Allah, who fabricate falsehood, and it is they who are liars. Whoever disbelieved in Allah after his belief, except him who is forced thereto and whose heart is at rest with Faith; but such as open their breasts to disbelief, on them is wrath from Allah, and theirs will be a great torment. That is because they loved and preferred the life of this world over that of the Hereafter. And Allah guides not the people who disbelieve. There are those upon whose hearts, hearing (ears) and sight (eyes) Allah has set a seal. And they are the heedless! No doubt, in the Hereafter, they will be the losers.”
[An-Nahl: 104-109]

Ingatlah wahai saudara-saudaraku, ambil lah masa selama 3 minit untuk beristighfar kepada Allah di atas segala perbuatan ingkar kita kepada Allah selepas baca ayat dekat atas ni. mudah-mudahan Allah akan mengampuni dosa2 kita sebelum ini. InsyaAllah.

Jadi, sebagai ringkasannya, aku teringat satu pepatah yang kawan aku selalu cakap kat aku. bunyi macam pelik atau offensive sikit, namun intipati yang kita mahu cari. Allah boleh bayar cash. maksud pepatah ni bukannye bayar yang pakai duit tu, tapi nak tunjuk bahawa Allah kalau nak hukum kita, nak tunjuk dekat kita malah nak beri sesuatu kepada kita pun boleh berlaku serta-merta, Allah boleh buat! dan seperti yang aku mention tadi pun, tak perlu tunggu dekat liang lahad mahupun dekat akhirat pun Allah boleh tunjukkan.

sambung balik kepada cerita tadi, aku post article ni bukannye nak cakap yang cikgu/ustaz ada power ke, boleh bawak tulah ke, pembawa rezeki ke, pembawa berkat or apa2 lah yang budaya2 Melayu selalu merepek ni. aku nak cakap bahawa setiap perbuatan yang kita lakukan pasti akan ada balasan untuknya, mahupun yang baik atau pun buruk (nauzubillahiminzalik). Jika kita peroleh sesuatu yang cemerlang atau sukses seperti mendapat result SPM 10A atau 20A sekalipun, namun dijalan memperoleh kecermelangan tersebut berlaku sesuatu yang dusta dan tidak diredhai Allah (dalam kes ni menipu cikgu), ingat! kecemerlangan kita bukanlah selama-lamanya. jika ada orang complain atau cakap

“tapi ade je orang yang menipu boleh berjaya and kaya-raya sampai mati”

ingat sekali lagi, aku cakap selama-lamanya. lepas mati tu ape pulak? haa habis la kena jawab dengan Munkar Nakir. Berjaya sekiranya insan tersebut bertaubat sebelum mati, nahas sekiranya dia tidak sempat bertaubat sebelum mati (nauzubillahiminzalik).

saudara-saudara sekalian, bersyukur lah kita sekiranya kita melakukakan sesuatu yang dimurkai Allah, dan Allah membalas perbuatan kita semasa kita masih hidup. kerana, Allah itu Maha Penyayang, Dia menyayangi kita dengan memperlihatkan depan mata kita dengan mesej “BERTAUBATLAH SEBELUM TERLAMBAT”. jika kita curi duit orang dan kita guna duit curi tu untuk beli makanan, tengah2 makan tiba2 rasa sakit perut atau sembelit. Alhamdulillah, selepas rasa sakit perut or sembelit tu, kita bertaubat dan tidak akan mengulangi perbuatan tersebut, InsyaAllah kita akan terlepas dari seksaan azab Allah di akhirat nanti. namun, nauzubillahiminzalik, cuba jika tengah2 kita makan tadi, berlaku sesuatu yang lebih ngeri, kita mati keracunan makanan serta-merta disebabkan memakan makanan tersebut. adakah kita masih sempat bertaubat sebelum mati keracunan tadi? Innalillahi wa inna ilaihi rajiuun.

sebagai penutupnya, kepada 3 orang budak botak tersebut dan kepada kita semua sekali, bersyukur lah kita kerana Allah membalas perbuatan korang (3 budak botak) semasa mereka masih hidup. sekiranya Allah membiar sahaja mereka tanpa memberi peluang kepada mereka untuk bertaubat, apakah nasib mereka di akhirat kelak? sekali lagi aku nyatakan di sini, Allah Maha Penyayang. Dia sayang akan hamba-hambanya untuk memberi mereka peluang untuk bertaubat sebelum terlambat. dan kepada mereka (3 budak botak), bersabarlah dengan apa yang diberi Allah, dan masih tak terlambat lagi untuk berusaha untuk memperoleh kecemerlangan sebagai mana kamu memperolehnya seperti result SPM. dan mudah-mudahan degan kecemerlangan yang korang dapat tu, kamu gunakannya untuk di jalan Allah, semoga kamu mati jihad fi sabilillah, di jalan yang diredhai Allah. Insya Allah…. 🙂

sambungan kepada ayat dari surah An-Nahl tadi

“Then, verily, your Lord – for those who emigrated after they had been put to trials and thereafter strove hard and fought (for the Cause of Allah)and were patient, verily, your Lord afterward is, Oft-Forgiving, Most Merciful. (Remember) the Day when every person will come up pleading for himself, and every one will be paid in full for what he did (good or evil, belief or disbelief in the life of this world) and they will not be dealt with unjustly”
[An-Nahl:110-111]

Artikel dipetik dari blog Zaid Harithah (kbg 5913)

Oleh: Amirul Fikri

“Apa faedahnya jika terus memendam perasaan hasad dengki(PhD) atau envy di hati? Tidak pernah senang melihat kesenangan orang lain, sering memandang serong, tidak senang hati apabila ada orang yang melebihinya. Cakap melayu dengan cara paling pendek, iri hati.

Setiap pendengki memang memandang serong terhadap orang yang tidak disukainya. Ada yang sanggup berbuat apa saja, termasuk menggunakan sejumlah besar wang ringgit untuk menjatuh atau merosakkan orang lain, sama ada secara halus atau kasar. Perasaan dengki sebegini sebenarnya menunjukkan pendengki itu lemah, penakut, peribadinya rendah dan tidak mempunyai harga diri dan tidak berakhlak.

Fikiran seorang pendengki adalah beku, tidak mempunyai daya usaha mendapat faedah halal, tidak ada hemah dan keazaman yang kuat dan dadanya sempit. Tidak punya usaha sendiri untuk memajukan diri dan hatinya tidak senang melihat kesenangan orang lain. Rasa geram timbul apabila orang lain melebihinya. Apa yang difikirkan hanyalah strategi dan cara bagaimana untuk menjatuhkan atau merosakkan orang tersebut.

Perasaan hasad dengki yang terus menggari hati mampu membawa pendengki kepada syirik kepada Allah s.w.t iaitu mempersekutukan Allah kerana apabila cara kasar tidak berhasil untuk menjatuhkan seseorang, cara halus samada menggunakan bomoh atau jin akan digunakan.

Sifat tercela ini bukan saja berlaku sesama kawan sekerja, malah di kalangan kaum kerabat, keluarga terdekat dan jiran tetangga. Penyakit hati ini boleh menimbulkan perbalahan sesama sendiri dan seterusnya menjadi pergaduhan besar hingga saling berbunuhan. Orang yang bersifat demikian memang berbudi rendah dan hina. Rendah dalam banyak aspek seperti pemikiran, pemilihan, ucapan dan tindakan.

Dalam sifat begini, pendengki sanggup pula menabur fitnah, berbohong dan menceritakan apa yang tidak benar kepada sesiapa saja yang difikirkan boleh bersekongkol dengannya. Kesukaan merendah dan menghina orang lain disebabkan menyangka dirinya lebih mulia daripada orang lain. Dialah yang pandai, pintar dan segalanya sehingga pandangan orang lain diremehkan.

Perbuatan mencela orang biasanya dilakukan dengan ucapan dan sikap, samada di hadapan atau belakang orang berkenaan. Sebenarnya, orang yang suka mencela orang lain itu adalah lambang kekosongan jiwanya. Dia sedang sakit jiwa kerana hatinya yang busuk. Orang seperti ini biasanya melihat orang atau setiap persoalan daripada sudut kekurangan dan kelemahan sahaja, langsung tidak melihat pada sudut kebaikannya. Pendengki juga cepat melihat keaiban dan membuka aib orang, tetapi tidak dapat melihat keaiban dan kecacatannya sendiri.

Oleh kerana kerosakan yang timbul itu boleh menjadi bencana umum, maka seksaannya menurut hadis, dimulakan di alam kubur selepas dia meninggal dunia. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Jangan kamu dengki-mendengki, jangan kamu benci-membenci dan jangan kamu musuh-memusuhi.” Sebuah lagi hadis bermaksud: “Awaslah (jauhilah) daripada hasad (dengki) kerana hasad itu akan memakan semua kebaikan, sebagaimana api memakan kayu yang kering.”

Pada suatu sudut yang lain, perasaan dengki dan iri hati dibenarkan dalam Islam iaitu, berdengki terhadap orang diberi ilmu pengetahuan oleh Allah dan dia mengamalkannya siang dan malam serta orang yang diberi harta oleh Allah dan dia menafkahkannya siang dan malam sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim yang bermaksud : ‘Tidak boleh iri hati melainkan kepada dua orang iaitu, orang yang dianugerahkan ilmu pengetahuan tentang al Quran oleh Allah lalu mengamalkan sepanjang siang dan malam dan orang yang diberikan harta oleh Allah lalu menafkahkannya sepanjang siang dan malam’
Selain itu, perasaan dengki dan iri hati melihat kesenangan org lain perlu diganti dengan usaha sendiri. Kalau orang lain berjaya, jgn kita jatuhkan dia atau melakukan sesuatu yang merosakkan dia dan hati sendiri (penyakit hati), sebaliknya kita kene usaha untuk berjaya seperti dia atau jadi lebih berjaya dari orang yang kita dengki. Jika kita sebagai seorang pelajar, jika kita nampak kawan kita sedang mengulangkaji pelajaran, jangan kita perli dia atau mengurangkan semangat dia untuk belajar dengan berkata ‘rilek la. Test lambat lagi’. Sebaliknya kita perlu beri semangat atau turut sama mengikutnya.
Oleh hal yang demikian, saya menyeru kepada pendengki (except pendengki ilmu dan pendengki yang negative yang merosakkan diri dan orang lain) walau dimana anda berada. Berhentilah daripada berdengki, bersama-sama kita berjaya demi agama, bangsa dan Negara.

‘Demi Allah, wahai pamanku seandainya mereka bisa meletakkan matahari di tangan kananku dan rembulan di tangan kiriku agar aku meninggalkan dakwah ini. Niscaya tidak akan aku tinggalkan urusan ini sampai Allah SWT. memenangkan dakwah ini atau semuanya akan binasa’. Rasulullah s.a.w kepada abu Thalib