MERDEKAKAH KITA??

Oleh : Mohd Syukri b. Osman

tingkap

Untuk membicarakan erti sebuah kemerdekaan, maka kita tidak boleh lari dari membincangkan erti sebuah penjajahan, kerana tidak ada kemerdekaan tanpa sebuah penjajahan. Penjajahan pada mulanya adalah berbentuk fizikal dengan melakukan kekerasan kepada penduduk tempatan yang mana mereka mengerahkan kekuatan untuk membunuh dan merompak kekayaan yang ada. Namun,bermula abad ke 19, dan seterusnya British di tanah melayu telah menjajah kita melalui 2 aspek iaitu fizikal dan mental(pemikiran).Juga ditanamkan kepada kita bahawa British ini  baik. Mereka datang ke sini untuk mengajar kita cara memerintah negara Moden .Namun, cara penjajah itu jauh tersasar dari cara(syariat) Allah s.w.t. Penjajahan mental ini juga telah melahirkan generasi yang berketururnan tempatan tetapi berfikiran Barat yang jauh menyimpang dari syariat Islam.

Islam kini hanya sekadar nama.Situasi ini menunjukkan Barat telah berjaya menjajah umat islam sampai ke hari ini terutama dari sudut pemikiran.Semua ini berlaku kerana Umat Islam kini tidak mahu mengambil atau mempraktikkan Islam secara keseluruhan tetapi hanya mengambil apa mereka fikirkan elok mengikut logik akal sahaja.Mengapa ini terjadi?Sedangkan Allah dan Rasulullah telah menjelaskan bahawa Islam itu sempurna dan wajib dijadikan sebagai cara hidup.

Firman Allah:

Yang bermaksud:Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridai Islam itu jadi agama bagimu” Al-Maidah:5

Menjadi sesuatu yang menyedihkan kerana umat islam memandang islam dari sudut yang sempit.Sedangkan  islam itu lengkap dan universal.Bermula dengan  perkara yang kecil seperti adab masuk tandas sehinggalah kepada perkara yang besar seperti cara memerintah negara semuanya telah diajar di dalam islam.Benarlah kata Imam hassan al-banna “Umat islam kini hanya mengenali islam sebagaimana orang buta yang cuba mengenali gajah.ada orang buta yang menganggap gajah itu leper dan lebar kerana dia hanya memegang telinga gajah dan ada pula orang buta yang menganggap gajah itu halus dan panjang kerana dia hanya memegang ekor gajah,hakikatnya gajah itu besar dan  orang buta itu hanya mengandaikan fizikal gajah melalui apa yang mereka rasa dan sudah tentu mereka silap”.

Begitu juga umat islam zaman ini,mereka hanya memahami islam dari sudut yang sempit sedangkan islam itu lengkap dan bukan sekadar melakukan ibadat solat.Islam telah mengajarkankan semua perkara tentang kehidupan termasuklah hukum-hukum perundangan,muamalat,urusan-urusan peribadi seperti perkahwinan dan pewarisan juga urusan yang berkaitan dengan perniagaan,jenayah,pemerintahan,perhubungan antarabangsa dan banyak lagi.

kemerdekaan yang sebenar ialah kembalinya umat Islam ke pangkuan sistem Islam sepenuhnya, bukannya megabdikan diri kepada sistem buatan manusia,Hidup dengan cara yang Allah perintahkan  bukan ikut cara kita ,yang mana tahap pemikiran kita adalah terbatas dan lemah.Secara fizikalnya kita nampak umat Islam merdeka dari British(kafir) tetapi hakikatnya pemikiran mereka masih lagi dijajah. Oleh itu umat ini memerlukan kemerdekaan pemikiran. Barulah kemerdekaan sebenar dapat dicapai.

Advertisements