You are currently browsing the monthly archive for November 2009.

Taubat

Oleh: Daniel Irfan

doaku

Setiap orang, baikpun yang tua atau muda, miskin atau kaya, berpangkat atau pun tidak, pasti pernah melakukan dosa. Dosa boleh ditakrifkan sebagai perbuatan yang melanggar hukum dan bercanggah dengan syarak iaitu meninggal kan suruhan Allah. Dosa boleh dibahagikan kepada dua; dosa kecil atau pun dosa besar.

Dosa- dosa kecil boleh dikategorikan sebagai dosa di bawah tahap dosa besar. Sebagai contohnya ialah membuang sampah merata, melihat kepada perkara dilarang seperti yang bukan mahram, berbincang perkara dunia semata-mata di dalam masjid dan lain – lain lagi. Dosa kecil jika selalu dilakukan berterusan boleh berkumpul menjadi dosa besar.

Rasullullah pernah bersabda;

“Awasilah kamu sekalian daripada dosa-dosa yang kecil/remeh. Sesungguhnya ia akan berkumpul pada diri seseorang sehingga akan memusnahkannya (dengan menjatuhkannya ke dalam dosa besar.” Riwayat Imam ahmad, at-Thabrani dan al-Baihaqi

Dosa besar pula ialah sebagai mana ditakrifkan oleh Ibnu Abbas ra sebagai dosa-dosa yang ditetapkan hukuman had ke atasnya di dunia dan diancam dengan azab di akhirat atau diancam dengan laknat Allah dengan kemurkaannya. Antara contoh dosa-dosa besar ialah seperti Syirik kepada Allah, sihir, memakan riba, memakan harta anak yatim dan lain-lain lagi.

Allah SWT telah berfirman,

“Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenarnya,” (At-Tahrim ayat 8 )

“Dan Dialah yang menerima taubat dari hamba-hambanya serta memaafkan segala kesalahan-kesalahan dan mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (As-Syura ayat 25)

Menurut Ayat tersebut, kita seharusnya bertaubat dengan bersungguh-sungguh kerana akan dihapuskan segala kesalahan yang telah lalu serta mencegah dari melakukan kesalahan-kesalahan yang baru. Allah SWT juga berjanji akan menrima taubat hambaNya.

Untuk melakukan taubat, terdapat 3 syarat yang harus dipatuhi. Iaitu tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi, menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan dan harus mempunyai tekad di dalam hati untuk tidak melakukan dosa itu kembali buat selama-lamanya. 3 syarat tersebut wajib dipatuhi jika dosa yang dilakukan itu antara manusia dengan Allah. Jika salah satu diantara syarat tersebut tidak dipenuhi, maka taubat seseorang itu tidak sah. Jika dosa yang dilakukan itu adalah sesame manusia,  maka 4 syarat  taubat wajib dipenuhi iaitu 3 syarat di atas dan syarat keempat pula ialah harus dapat membebaskan diri daripada hak orang yang punya.

Oleh itu amatlah penting bagi kita untuk bertaubat untuk menghapuskan dosa. Hal ini penting kerana untuk mendapatkan keberkatan dan kesejahteraan hidup. Di dalam Al Quran, terdapat banyak penjelasan mengenai perlakuan dosa dan perkara yang dilarang oleh Allah SWT akan mendapat balasan yang amat berat dari Allah mahupun di dunia atau pun di akhirat nanti. Sebaliknya pula, mereka yang mengerjakan segala perintah Allah dan membuat kebaikan serta mencegah kemungkaran sudah pasti akan mendapat ganjaran pahala dan syurga di akhirat kelak.

Advertisements

MERDEKAKAH KITA??

Oleh : Mohd Syukri b. Osman

tingkap

Untuk membicarakan erti sebuah kemerdekaan, maka kita tidak boleh lari dari membincangkan erti sebuah penjajahan, kerana tidak ada kemerdekaan tanpa sebuah penjajahan. Penjajahan pada mulanya adalah berbentuk fizikal dengan melakukan kekerasan kepada penduduk tempatan yang mana mereka mengerahkan kekuatan untuk membunuh dan merompak kekayaan yang ada. Namun,bermula abad ke 19, dan seterusnya British di tanah melayu telah menjajah kita melalui 2 aspek iaitu fizikal dan mental(pemikiran).Juga ditanamkan kepada kita bahawa British ini  baik. Mereka datang ke sini untuk mengajar kita cara memerintah negara Moden .Namun, cara penjajah itu jauh tersasar dari cara(syariat) Allah s.w.t. Penjajahan mental ini juga telah melahirkan generasi yang berketururnan tempatan tetapi berfikiran Barat yang jauh menyimpang dari syariat Islam.

Islam kini hanya sekadar nama.Situasi ini menunjukkan Barat telah berjaya menjajah umat islam sampai ke hari ini terutama dari sudut pemikiran.Semua ini berlaku kerana Umat Islam kini tidak mahu mengambil atau mempraktikkan Islam secara keseluruhan tetapi hanya mengambil apa mereka fikirkan elok mengikut logik akal sahaja.Mengapa ini terjadi?Sedangkan Allah dan Rasulullah telah menjelaskan bahawa Islam itu sempurna dan wajib dijadikan sebagai cara hidup.

Firman Allah:

Yang bermaksud:Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridai Islam itu jadi agama bagimu” Al-Maidah:5

Menjadi sesuatu yang menyedihkan kerana umat islam memandang islam dari sudut yang sempit.Sedangkan  islam itu lengkap dan universal.Bermula dengan  perkara yang kecil seperti adab masuk tandas sehinggalah kepada perkara yang besar seperti cara memerintah negara semuanya telah diajar di dalam islam.Benarlah kata Imam hassan al-banna “Umat islam kini hanya mengenali islam sebagaimana orang buta yang cuba mengenali gajah.ada orang buta yang menganggap gajah itu leper dan lebar kerana dia hanya memegang telinga gajah dan ada pula orang buta yang menganggap gajah itu halus dan panjang kerana dia hanya memegang ekor gajah,hakikatnya gajah itu besar dan  orang buta itu hanya mengandaikan fizikal gajah melalui apa yang mereka rasa dan sudah tentu mereka silap”.

Begitu juga umat islam zaman ini,mereka hanya memahami islam dari sudut yang sempit sedangkan islam itu lengkap dan bukan sekadar melakukan ibadat solat.Islam telah mengajarkankan semua perkara tentang kehidupan termasuklah hukum-hukum perundangan,muamalat,urusan-urusan peribadi seperti perkahwinan dan pewarisan juga urusan yang berkaitan dengan perniagaan,jenayah,pemerintahan,perhubungan antarabangsa dan banyak lagi.

kemerdekaan yang sebenar ialah kembalinya umat Islam ke pangkuan sistem Islam sepenuhnya, bukannya megabdikan diri kepada sistem buatan manusia,Hidup dengan cara yang Allah perintahkan  bukan ikut cara kita ,yang mana tahap pemikiran kita adalah terbatas dan lemah.Secara fizikalnya kita nampak umat Islam merdeka dari British(kafir) tetapi hakikatnya pemikiran mereka masih lagi dijajah. Oleh itu umat ini memerlukan kemerdekaan pemikiran. Barulah kemerdekaan sebenar dapat dicapai.

442478267l5 SEBAB BER ‘COUPLE’ HARAM

( Diambil dari kitab al-Halal wal Haram Fil Islam, Dr. Yusuf Al-Qardhawi)

Oleh: Amirul Fikri

Pada asasnya, hukum bercinta-kasih, berpasangan( couple) atau seumpamanya adalah harus.

Akan tetapi terdapat beberapa perkara/tindakan yang boleh menyebabkannya menjadi HARAM. Antaranya :

PERTAMA: TIDAK MEMPUNYAI NIAT YANG BAIK ATAU SEBALIKNYA
Sesebuah perhubungan ˜istimewa” antara seorang lelaki dan wanita seharusnya didasari dengan niat yang baik seperti bertujuan untuk berkahwin.

Justeru sebarang perhubungan yang tidak bertujuan seperti tersebut adalah tidak harus seperti bercouple untuk berhibur, bersuka-suka dan sebagainya.

KEDUA: TIDAK MEMATUHI (MELAMPAUI) SYARIAT AGAMA
Lumrah bercouple seakan tidak dapat lari dari aktiviti seperti ber”dating” , ber”shoping” dan
sebagainya hatta ada yang sampai ke peringkat “membonceng”.

Tidak kurang juga (tanpa segan silu)
menggunakan istilah-istilah yang kononnya menunjukkan sikap “caring” seperti memanggil darling
kepada pasangannya.

Paling tidak, pasti di dalam pertemuan(dating) akan berlaku pandangan mata yang tidak harus, perbicaraan yang tidak wajar dan seumpamanya.

Semua perlakuan ini adalah bercanggah dengan ajaran Islam yang mengharamkan perhubungan bebas di antara lelaki dan perempuan. Yang paling penting, apabila Syariat Islam mengharamkan sesuatu perkara/perbuatan, maka wasilah atau tindakan yang menuju kepada perkara yang diharamkan tersebut juga turut diharamkan.

Kaedah Fiqh ada menyebutkan : sesuatu yang membawa kepada yang haram, maka ia juga menjadi haram .

Justeru berdasarkan kaedah ini, maka bercouple yang membawa kepada perlanggaran hukum syariat juga adalah haram.

KETIGA: MENJATUHKAN MARUAH (PERIBADI) SEORANG WANITA
Apabila pasangan yang bercouple berdating, maka peribadi seorang wanita muslimah akan
dipersoalkan.

Khalayak tidak akan berbicara tentang si lelaki yang bercouple tersebut, tetapi si
perempuan.

Masyarakat akan bertanya bagaimana begitu mudah si perempuan tersebut membiarkan
dirinya diusung(maaf jika agak keterlaluan) ke sana-sini atau setidak-tidaknya umum akan
menganggap bahawa perempuan tersebut telah dimiliki.

Kesan buruk yang mungkin dihadapi ialah apabila berlaku perpisahan antara pasangan tersebut. Masyarakat akan mula membuat pelbagai tanggapan negatif terhadap si perempuan tersebut.

Prasangka-prasangka negatif akan direka dan dihebahkan.

Akhirnya berlakulah tohmahan-tohmohan yang menjatuhkan maruah dan kehormatan seorang
wanita.

Ingatlah bahawa Islam amat memprihatinkan penjagaan maruah seorang wanita.

Di atas dasar itulah adanya hukum Qazaf dan kerana tujuan tersebut jugalah Islam mengharamkan perhubungan yang di luar batasan.

Sebabnya adalah kerana Islam memelihara kehormatan seorang wanita.

KEEMPAT: MEMBAZIRKAN WANG KEPADA PERKARA YANG TIDAK WAJAR
Di dalam budaya bercouple, biasanya pasangan lelaki akan banyak menghabis duit pinjaman PTPTN,
JPA,MARA , yayasan negeri (bagi mahasiswa IPT) atau duit pemberian ibubapa untuk memenuhi kehendak pasangan wanitanya.

Ajak saja dinner, lunch, breakfeast atau bershoping pasti si lelaki yang perlu mengeluarkan duit poketnya.

Terdapat juga keadaan di mana si perempuan yang berbelanja si lelaki. Itu belum dikira dengan pembeliaan kad top-up handset yang out of control.

Hanya kerana call untuk tanya khabar, dah makan ke belum, ada yang sanggup mentop up handset mereka beberapa kali dalam seminggu.

Cuba bayangkan jumlah wang perlu dibazirkan hanya untuk perkara yang sangat remeh dan tidak perlu.

Paling menyedihkan, wang tersebut adalah pemberian keluarga yang seharusnya digunakan bagi tujuan pengajian.

Begitu juga wang pinjaman PTPTN, ia adalah hutang yang perlu dibayar selepas tamat pengajian.

Justeru, penggunaan kedua-dua jenis wang ini kepada perkara yang tidak wajar adalah tidak harus dan ditegah oleh syarak.

Perbuatan membazir dan menyalahgunakan harta juga adalah amalan syaitan.(Rujuk Al-Israa ayat 27)

KELIMA: MEMBUANG MASA KEPADA PERKARA YANG TIDAK SEWAJARNYA
Seperkara yang wajar diprihatinkan di sini ialah penggunaan waktu kepada perkara yang tidak
bermanfaat.

Lebih malang lagi, masa yang amat terhad sebagai seorang mahasiswa telah diisi dengan perbuatan-perbuatan yang ditegah oleh Allah.

Bukankah berdating, berbual telefon secara marathon dan lain-lain aktiviti rutin bercouple merupakan perbuatan yang menyimpang dari anjuran agama.

Justeru setiap saat dan minit yang digunakan bagi tujuan tersebut akan dipersoal dan
diperbicarakan di hadapan Allah.

Perlu diingat bahawa Islam bukan mengharamkan secara total perkara yang dinyatakan di atas.

Islam tidak menghalang perbuatan tersebut, tetapi meletakkan beberapa prasyarat yang perlu dipenuhi.

Sekiranya kita gagal mengikut syarat-syarat tersebut, maka status perbuatan tersebut menjadi HARAM serta menjauhkan diri pelaku daripada kasih sayang dan cinta Allah.

Duit Minyak

oleh: Zaid Harithah

IMG_2321

“And don’t be weak in the pursuit of the enemy; if you are suffering (hardships)then surely, they (too) are suffering (hardships) as you are suffering, BUT you have a hope from ALLAH (for the reward, i.e. Paradise) that for which they hope not ; and ALLAH is Ever All-knowing, All-Wise.” (An-Nisa : 104)

“Verily, there has come unto you a Messenger (Muhammad S.A.W.) from amongst yourselves (i.e. whom you know well). It grieves him that you should receive any injury or difficulty. He (Muhammad S.A.W.) is anxious over you (to be rightly guided, to repent to ALLAH S.W.T., and beg HIM to pardon and forgives your sins in order that you may enter Paradise and be saved from the punishment of the Hell) ; for the believers (he S.A.W. is) full of pity, kind and merciful. But if they turn away, say (O Muhammad s.a.w.) : ALLAH is sufficient for me. La ilaha illa Huwa (none has the right to be worshipped but HE) in HIM I put my trust and HE is the Lord if the Mighty Throne.” (At-Taubah : 128/129)

Asslamualaikum para pembaca artikel ni, moga-moga kalian berada dalam limpah kurnia rahmat ALLAH S.W.T.

Situasi 1:
“Eii panas betul la. Aku bagi die tumpang keta aku tapi x reti2 nak hulur duit minyak sket ke”

Dalam minggu ni, situasi camni aku experienced. Tak tau la nak cakap camane sebab aku ni bukannye pandai bercakap. Bile aku tegur sket kena balas2 macam2 dengan hujah mereka. Tak pa. Aku sabaq je. Harap2 suatu hari mereka dapat hidayah dari ALLAH (InsyaAllah). Untuk setiap solution (dari pendapat aku la), kita akan refer dekat 2 ayat Al-Quran yang aku mention kat bahagian atas artikel ni.

Situasi 1 (solution dari pandangan aku):
Sewaktu aku pergi Bandung, Indonesia bulan Jun ’09, aku tereserempak dengan sorang pakcik yang jual Teh Botol (sapa penah pegi Indonesia taw la) kat aku. Dah setel urusan jual beli, tiba2 pakcik tu cakap:

“Manusia ini ada bermacam-macam masalah. Mereka dianggap GAGAL sekiranya mereka cuba menyelesaikan masalah dengan berlari kepada manusia; akan tetapi mereka dianggap BERJAYA sekiranya mereka meminta pertolongan daripada ALLAH, iaitu dengan cara As-Salaah (Solat)”

Bila aku terdengar kata-kata pakcik ni, tibe2 terdetik dekat hati aku satu ayat dalam Surah Al-Baqarah (tak ingat ayat berapa) yang bunyinya macam ni:

“Dan jadikanlah Solat dan sabar sebagai penolongmu; yang demikian itu susah/berat melainkan bagi orang-orang yang khusyuk”

Ape kena kata2 pakcik ni dengan Situasi 1 tadi? Ok, ni lah pendapat aku. ALLAH itu maha Kaya, pemberi rezeki kepada makhluk-makhluk Nya, tetapi kenapa segelintir manusia selalu mengharapkan balasan daripada sesama makhluk mereka sendiri?? MANUSIA ITU MISKIN!! tidak mempunyai harta pun! well, ada pulak hujah lain bantai hujah aku ni, katanya:

“Habis tu ade orang bawak BMW, ada rumah besar2 tu apa plak?”

Erm, yang ni aku malas nak panjang2kan tapi pendek cerita, sekiranya mereka ‘ada’ harta2 tersebut, kekal kah harta mereka tersebut? duit ada 2 ringgit. guna seringgit habis seringgit. ‘harta’ yang mereka claim kata mereka punya tu akan habis juga sooner or later. So, what’s the point? sekali lagi, ALLAH itu maha Kaya dan juga pemberi rezeki. Mintak lah kepada ALLAH, kekayaan Nya ‘unlimited’. no end point.

So, sambung kepada cerita duit minyak tadi, kenapa si A (owner kereta) mengharapkan duit minyak daripada si B (member yang tumpang kereta si A)? Si B tu bukannye kaya pun, student je pun, duit elaun sponsor pun tak masuk2 lagi dalam 2 bulan dah. dia nak makan apa? Yang si A ni kaya, ada kereta sendiri, bapak pun kerja hebat2 tapi kenapa meminta duit daripada si B ni? Kalau nak sangat duit minyak tuh, mintak sahaja pada ALLAH. sekali lagi aku tekankan perkataan ni; MANUSIA ITU MISKIN. InsyaAllah, sekiranya si A ni bermuhasabah dengan perbuatannya itu (dengan cara yang bersesuaian seperti solat & doa), ALLAH akan memberikan rezeki kepada si A tu dalam macam2 bentuk, sama ada bapak dia bagi duit minyak ke, ada kawan lain belanja makan lunch ke, etc.. Confirm ke dapat? sekali lagi ayat dalam surah al-Baqarah yang aku mention baru2 ni; SABAR & SOLAT. tak dapat kat dunia, ingat, kehidupan kita tidak berkahir di sini, tetapi di akhirat kelak nanti. InsyaAllah..

Conclusion nya, aku aplikasikan dalam kehidupan harian aku. Duit elaun MARA tak masuk2. Duit hasil aku kerja sewaktu cuti 3 bulan tu semakin sikit nilainya, macamana aku nak sara duit minyak aku? setiap hari, housemate aku akan tumpang kereta sekali dengan aku pegi campus. setiap kali pergi campus, minyak pun makin sedikit. tak kan aku nak mintak duit minyak dari diorang kot? kalau diorang ikhlas nak bagi tu, Alhamdulillah, ALLAH memberi rezeki kepada aku, tapi kalau diorang buat diam je? Haa, ingat! Allah maha Kaya. Mintak lah kepada ALLAH. Sabar lah dengan setiap dugaan yang dihadapi. Rajin-rajinkan lah beribadah kepada ALLAH. Sebelum aku mengakhiri artikel yang tak seberapa value ini, aku nak selitkan satu ayat daripada surah Al-Insyirah;

“In every hardship, there is a relief”

Wallahu’a’lam

‘Demi Allah, wahai pamanku seandainya mereka bisa meletakkan matahari di tangan kananku dan rembulan di tangan kiriku agar aku meninggalkan dakwah ini. Niscaya tidak akan aku tinggalkan urusan ini sampai Allah SWT. memenangkan dakwah ini atau semuanya akan binasa’. Rasulullah s.a.w kepada abu Thalib